Tuesday, 2 May 2017

KENANGAN MANIS BERSAMAMU.....AYAH (BAHTIAR BIN HJ. ABU SAMAD).....AL-FATIHAH, SEMOGA ROH AYAH TENANG DISANA.


        Assalammualaikum, terasa rindu pulak dengan ayah (Bahtiar bin Hj. Abu Samad). Seorang ayah yang penyayang dengan anak-anak. Ayah tak pernah marah atau pukul anak-anaknya, sampaikan kalau aku marah anak, mak mesti cakap kau tengok ayah mana pernah marah dengan pukul anak. Cara ayah marah lain, ayah akan diam dan tak akan tegur anak yang dia marah, yang biasa kena marah aku ler, sebab seorang je anak lelaki. Alhamdulillah, walaupun ayah tak garang tapi mak pulak yang terlebih garang, sampaikan kalau mak nak pukul kitaorang ayah yang jadi tukang sabarkan mak.
        Walaupun ayah tak garang tapi anak-anak dia semua jadi orang, semua masuk universiti, semua pandai mengaji, semua hormat orang tua, semua ada kerja dan sudah ada kehidupan masing-masing.
       Ayah suka budak-budak, dulu masa belum ada cucu, dia selalu bawak anak sedara atau cucu sedara dia jalan-jalan, belikan jajan. Tapi bila dah ada cucu, ayah pulak yang dijemput oleh Ilahi. Ayah paling sayang Fina sebab dia cucu first, macam-macam dia belikan Fina, siap basuhkan kasut Fina. Samapai sekarang Fina ingat dan selalu cakap, kalau atok ayah ada lagi kan best, atok ayah baik dia belikan Fina mainan, baju dan macam-macam. Tapi memang jadi lumrah kehidupan jodoh, rezeki, ajal dan maut semua itu kuasa tuhan.
     Empat tahun ayah sakit sebelum menghembuskan nafas, ayah sakit batuk kering. Aku kesal dengan sikap doktor yang merawat ayah kerana sikapnya yang berterus terang mengatakan sakit ayah tiada ubat. Bila doktor sudah cakap tiada ubat, ayah macam putus harapan, setiap kali anak-anak belikan suplimen dia mesti cakap membazir je belikan ayah benda tu, doktor cakap sakit ni tiada ubat. Dari seorang yang ceria, ayah jadi muram je, saki baki hidupnya hanya duduk di kerusi dan baring. Benda yang dia minta belikan ialah alat bantuan pernafasan, along minta maaf sangat tak dapat belikan alat bantuan pernafasan yang portable tu, along dengan liza hanya dapat belikan ayah alat bantuan pernafasan yang hospital gunakan.





Monday, 1 May 2017

Anxity disorder, panic attack, kecelaruan (Ujian dari Allah)

ANXIETY DISORDER 
(GANGGUAN RASA CEMAS)

Ciri-ciri gangguan disebabkan anxiety disorder ialah

  1. Kepala rasa berpusing
  2. Kelopak mata berkelip-kelip (bergerak dengan sendirinya)
  3. Berpeluh di tangan dan di kepala
  4. Sakit bahagian dada
  5. Berat badan turun mendadak (saya asal berat 75kg turun dalam masa 3 minggu sebanyak 10kg menjadi 65kg)
  6. Sengal-sengal badan terutama dibahagian pinggang
  7. Otot berdenyut-denyut
  8. Sakit pada bahagian perut
  9. Banyak angin (sering sendawa dan kentut)
  10. Badan bergetar @ menggigil tanpa sebab
  11. Selalu berfikir akan mati disebabkan simtom-simptom seperti diatas.
  12. Fikiran terganggu
  13. Tiada mood untuk bersama isteri
  14. Tekanan darah naik mendadak
  15. Jantung berdegup kencang
  16. Lebih selesa berbaring
  17. Air kencing bewarna kuning pekat
  18. Tiada selera untuk makan
  19. Tiada mood untuk bersosial dan bersukan
  20. Lebih senang menyendiri sambil mencari maklumat tentang penyakit yg dialami
  21. Badan lemah
  22. Mata menjadi kabur
  23. Cakap perkara yang mengarut contohnya ingin mati
  24. Rasa seperti ada benda bergerak-gerak di dalam badan
  25. Sembelit
  26. Bulu roma sering meremang tak kira waktu
  27. Lenguh pada bahagian sendi
  28. Tekak menjadi sakit seperti dicekik
  29. Sering terjaga dari tidur terutama pada jam 3 pagi
  30. Sering mencari maklumat yang mengarut, terutama tanda-tanda kematian
  31. Sering bermimpi yang bukan-bukan
  32. Sukar untuk bernafas
  33. Rasa tekak berkahak dan sakit

CARA MENGATASI MENGATASI RASA ANXIETY DISORDER TANPA MAKAN UBAT DAN BERJUMPA TERAPI

  1. Duduk atau baring sekiranya diserang anxiety atau panic attack.
  2. Berjumpa doktor untuk memastikan yang anda tidak sakit khususnya yang berkaitan dengan jantung
  3. Mengambil wuduk, membaca surah yasin dan berzikir
  4. Sembahyang bila masuk waktu dan berdoa agar sembuh dari sakit yang dialami
  5. Menghafal dan mengamalkan surah At-Taubah ayat 128 dan 129 (surah ini banyak khasiatnya, amalkan dan anda akan rasa khasiatnya, saya telah mengamalkan selama 4 bulan sehingga doktor ingin cucuk jarum untuk mengambil darah untuk periksa kencing manis pun tidak lut bila dicucuk. Saya disurah menghafaz dan mengamalkan ayat ini sewaktu saya belum tahu saya menghidap anxiety disorder, saya ingatkan simptom terkena badi mayat. 
  6. Cabar diri anda untuk bersukan, walaupun anda rasa seperti tidak yakin kerana berasa sakit dibahagian jantung dan badan serta sendi berasa lemah. (Saya telah mencabar diri saya untuk memastikan yang saya tidak sakit jantung dengan aktiviti mendaki gunung, berjogging, bermain badminton dan sebagainya, berhenti apabila penat dan jangan memaksa diri)
  7. Bersosial dan berbual-bual dengan keluarga supaya anda dapat melupakan yang anda sedang sakit.
  8. Pergi bersiar-siar atau makan angin bersama keluarga
  9. Banyakkan minum air masak dan menjaga pemakanan
  10. Makan makanan tambahan atau vitamin
  11. Buat pemeriksaan berkala di klinik.
  12. Jangan suka menyendiri dan sering ingat hendak mati. Ingat mati tu bagus tapi jangan jadikannya terlalu serius kerana ajal dan maut hanya Allah yang tahu dan Dia telah tentukan waktunya, selagi kita bernafas kita teruskan hidup dan beribadat serta membuat amalan dan kebajikan sekiranya termampu.
  13. Makan ikut waktu dan jaga pemakanan
  14. Anda juga boleh membaca pengalaman orang yang terkena penyakit anxiety ini di blog atau laman web atau anda menonton you tube cara mereka menangani masalah anxiety ini. Bila kita cari baru tahu bahwa ramai yang terkena penyakit ini.
  15. Sentiasa memaafkan orang lain.
  16. Bersabar, tahan perasaan marah dengan beristigfar.